Kehidupan lebah didokumentasikan dengan baik dalam Al-Quran, Injil dan Vedas sebuah Kitab Hindu dan manusia disaran meneladanikehidupan
makhluk ini. Selain peranan lebah sebagai aktivis alam sekitar banyak boleh dipelajari daripadanya.
Lebah mengamalkan sistem pemerintahan berkoloni atau " korporat " dan setiap anggota dalam koloni terbabit dalam membuat
keputusan. Sebuah koloni lebah terdiri daripada lebah Ratu, lebah jantan dan lebah pekerja. Setiap peringkat lebah mempunyai
peranan masing - masing antaranya adalah seperti pencari makanan, pelayan makan, peninjau, pengendali si mati dan pesolek.
Lebah mempunyai sistem pengurusan maklumat yang hebat dan lebah peninjau - seperti pegawai penyelidikan dan pembangunan
( R&D ) untuk mencari tempat yang paling sesuai untuk pembinaan koloni.