Make your own free website on Tripod.com

ECOTECTURE and BEES

" The Stingless Bee "

Fakta dan penerangan mengenai lebah jenis  " Stingless Bee ".

Home | Lawatan Tapak | The Stingless Bee | Perkaitan Dengan Teori Penghasilan | Senibina Yang Berkaitan | Kesimpulan | Mengenai Bee Terbang Tinggi | Hubungi Kami | Ecotecture

beelabah.jpg

Sumber dari The Social Behavior of The Bees, Charles D. Michener, The Belknap Press of Harvard University Press Cambridge, Massachusetts, 1974, m/s 333

Kehidupan Sebuah Koloni.
 
Sebuah koloni terdiri daripada 3000 - 20,000 ahli lebah. Saiz koloni bergantung kepada umur ratu lebah dan kemampuan mendapatkan makanan di sekitar sarang. Ratu lebah yang tua akan menghasilkan telur yang sedikit berbanding yang muda. Saiz koloni juga membesar atau bertambah apabila makanan muda didapati di sekitar sarang.
 
Bila Lebah ratu mati, ratu baru akan dipertengahkan. Ratu baru yang dipilih adalah hasil dari kesepakatan kata dan selepas itu lebah akan meneruskan kerja masing-masing. Lebah mengamalkan sikap bekerja sepanjang hayat tanpa henti. Walaubagaimanapun koloni lebah mampu menjadi pasif kerana hanya 20% daripada penghuninya sibuk bekerja pada satu-satu masa seperti sebuah pasukan tentera. ( http://webspawner.com/users/lebah/ )
 
Organisasi Lebah.
 
Lebah merupakan serangga yang bersosial yang mana ia mempunyai sistem organisasi yang teratur. Organisasi lebah terdiri daripada lebah ratu, lebah jantan dan lebah pekerja. Majoriti lebah di dalam koloni adalah lebah pekerja.
 
Lebah Ratu merupakan lebah betina yang boleh bertelur dan saiznya lebih besar berbanding lebah jenis lain. Larva yang berusia 2 hari akan dipilih oleh lebah-lebah pekerja untuk dibesarkan sebagai lebah ratu. Ia akan keluar dari sarang atau sel heksagonal selepas 11 hari untuk mengawan dengan lebih kurang 18 lebah jantan. Ini menyebabkan lebah ratu menerima beberapa juta sel sperma yang mana disimpan di dalam dirinya selagi ia hidup iaitu hampir dua tahun. Lebah Ratu akan mula bertelur 10 hari selepas mengawan. Seekor lebah ratu yang subur boleh menghasilkan 3,000 telur pada satu hari.
 
Lebah jantan merupakan lebah yang kuat tetapi tidak bersengat. Lebah jantan tidak mengumpul nektar atau mencari makanan dari bunga-bunga. Tujuan utama lebah jantan adalah untuk mengawan. Sekiranya suatu koloni lebah menghadapi masalah kekurangan makanan maka lebah jantan akan dihalau dari koloni.
 
Lebah pekerja merupakan jenis lebah yang paling kecil dan dalam sesuatu koloni. Lebah pekerja adalah lebah betina yang tidak boleh bertelur. Suatu koloni lebah biasanya terdiri daripada 50,000 hingga 60,000 lebah pekerja. Tempoh hayat lebah pekerja adalah lebih kurang 28 hingga 35 hari. Lebah pekerja mencari makanan untuk larva-larva dan lebah ratu. Ia juga menjaga keselamatan sarang dan sentiasa mengekalkan sarang dalam keadaan sejuk dengan mengipaskan kepaknya. Lebah pekerja mengumpul nektar untuk menghasilkan madu dan disamping itu ia juga menghasilkan sejenis lilin untuk membuat sarang. Kepak lebah mengipas 1,400 kali seminit yang mana menghasilkan bunyi seperti " bzzzzzz".
 
Pembinaan Sarang.
 
Lokasi sarang
Sarang dibina dalam rongga dahan atau batang pokok. Kaviti terlalu besar dan dibahagikan oleh dinding ( batumen plates ). bagi koloni yang kecil sesuai dibina didalam lubang Liana atau kumbang Cerambycid  dengan diameter berukuran 2 atau 3 cm.
 
Sarang juga boleh dibina di dalam tanah iaitu dengan menjadikan sarang semut, anai-anai atau tikus Subterranean yang telah ditinggalkan atau yang masih didiami yang mana plat batumen digunakan sebagai dinding pemisah. Keistimewaan sarang lebah jenis ini mampu memberikan insulasi yang lebih baik bagi melindungi spesis dari kesejukan oleh kelembapan tropika.
( The Social Behavior of The Bees, Charles D. Michener, 1974, m/s 331 - 333 )
 
Senibina Sarang Dan Kandungannya.
 
Bahan Binaan
Cerumen iaitu bahan campuran resin dan lilin yang digunakan untuk pembinaan bahagian yang lembut atau mudah dibentuk seperti " storage pots " dan " brood cells". Bagi sesetengah spesis, lumpur atau bahan sayuran turut digunakan dalam campuran resin dan lilin. Kuantiti resin yang dicampur bergantung kepada fungsi ruang yang dibina. Ia dikenali sebagai senibina Meliponine.
 
Resin atau propolis diperolehi dari penghasilan resin atau bahan seumpamanya yang diperolehi dari permukaan pokok atau akibat kesan kerosakan atau penebangan. Sesetengah spesis mengambil cat bangunan atau minyak atau gris dari mesin-mesin. Bagi sarang yang terdedah, bahan ini diperlukan dalam kuantiti yang besar bagi pembinaan lapisan perlindungan, perlindungan tiang sokongan dan mana-mana bahagian sarang yang perlu dikeraskan atau tegar. Lapisan perlindungan mengandungi daun yang telah dikunyah, bahan dari penyahtinjaan binatang atau bahan serat dari najis lembu.
 
Batumen dihasilkan menggunakan cerumen,resin atau bahan-bahan sayuran atau lumpur yang dicampur dengan resin. Ia meliputi kaviti sarang kecuali pintu masuk dan kadangkala sebagai rongga ventilasi. Plat batumen merupakan plat tebal yang menutup lubang di bahagian atas dan bawah bagi membentuk satu kaviti dengan saiz yang bersesuaian. Ia digunakan pada sarang yang dibina di dalam ruang tertutup. Lapisan batumen ,merupakan lapisan nipis ( satu kepingan dengan ketebalan 1mm atau kurang ) yang meliputi kaviti sarang. Lapisan batumen membentuk dinding yang bersalut batumen yang memisahkan sarang dengan bahagian luar bagi sarang yang terdedah separuh. Manakala ia meliputi keseluruhan bahagian luar sarang bagi sarang yang terdedah sepenuhnya. Lapisan ini menyediakan perlindungan dari tiupan angin yang kuat dan perubahan suhu. Ruang yang sedia ada digunakan secara intensif. Walaubagaimanapun, penambahan ruang akibat pertambahan koloni akan menyebabkan pemindahan dan pembinaan semula plat batumen.
 
PIntu masuk merupakan lubang melalui tanah atau kayu yang dilapisi dengan resin atau cerumen. Terdapat juga pintu masuk melalui tiub yang panjang atau pendek bermula dari pintu masuk sarang ke ruang luar. Ia dibina menggunakan cerumen tegar atau cerumen yang lembut yang mengandungi banyak lilin dan bersambung ke kaviti sarang bagi memudahkan perpindahanatau penyimpanan makanan. Ia dibina dalam bentuk ornate, radiate atau bentuk-bentuk lain. Bagi spesis yang lebih kecil bukaan pintu masuk ditutup pada waktu petang dan dibuka atau dibentukkan semula pada waktu pagi.
 
Tiang -tiang dan penyambung - penyambung merupakan seokongan bagi sarang yang lutsinar dan dibina dari cerumen. Biasanya ia lembut dan dibina berhampiran dengan batumen terutamanya pada bahagian bawah sarang yang mana tiang-tiang dan penyambung-penyambung tersebut perlu lebih tebal dan tegar.
 
Madu dan debunga disimpan di dalam "pot" yang berbeza dari brood cells yang dibina dari cerumen yang lembut. Ia terletak di dalam cluster di luar " brood chamber" dalam pelbagai saiz.
 
"Brood Chamber" merupakan bahagian utama sarang Meliponine. Ia diliputi oleh involucrum ( lapisan cerumen yang lembut dan berongga ) yang memisahkan ruang ini dengan ruang yang lain. Sel tersusun dalam "combs" yang melintang yang membentuk lingkaran ia terdiri daripada cerumen lembut, vertikal dan terbuka ke atas. Sel ditutup setelah telur-telur diletakkan di dalamnya yang mana pada bahagian atasnya merupakan bahagian bekalan makanan.
 
Bahagian atas ruang bekalan makanan ini adalah lutsinar dan bahagian bawahnya lebih tebal serta mengandungi lapisan yang terdiri daripada debunga. ( The Social Behavior Of The Bees, Charles D. Michener, 1974, m/s 333 - 338 )
 
 
 
 

nesttanahbaru.jpg
Sarang Lebah di dalam tanah.

Sumber dari The Social Behavior of The Bees, Charles D. Michener, The Belknap Press of Harvard University Press Cambridge, Massachusetts, 1974, m/s 337

nestdahanpokok.jpg
Sarang Lebah di dahan pokok.

Sumber dari The Dancing Bees oleh Carl Van Frisch, terbitan Methuen & Co. Ltd, 1966, m/s 188

nestlubang.jpg
Sarang Lebah Di Dalam Dahan Pokok

Sumber dari The Social Behavior of The Bees, Charles D. Michener, The Belknap Press of Harvard University Press Cambridge, Massachusetts, 1974, m/s 338

nestsarang01.jpg
Sarang lebah yang dibina di dalam sarang semut

Sumber dari The Social Behavior of The Bees, Charles D. Michener, The Belknap Press of Harvard University Press Cambridge, Massachusetts, 1974, m/s 215